Persatuan Pusat Sumber di bawah pimpinan Pn Lina Mohd Ali
telah menganjurkan Pertandingan Meja Berinformasi sebagai salah satu
pengisian aktiviti persatuan. Semua persatuan dan kelab telah dipelawa
untuk mengambil bahagian. Pertandingan telah diadakan pada Hari Rabu - 3
April 2013 di Pusat Sumber Sekolah.
Sebanyak 13 pasukan telah
bertandingan. Ada persatuan yang menghantar dua penyertaan seperti
Persatuan Sejarah dan Persatuan Bahasa Melayu. Ahli persatuan secara
berkumpulan mencari bahan bermanlumat yang berkaitan dengan persatuan
atau kelab mereka dan mebnampal bahan tersebut di permukaan meja di
pusat sumber. Selain daripada bahan, penilaian juga dibuat atas
kreativiti, semangat kerja berpasukan dan kekemasan. Pertandingan ini
telah dihakimi oleh 4 orang hakim iaitu En. Dahlandell Dell, GPK Kokum, Pn. Wan Azmona Wan Mohamed, Pn. Jakiah Ingkam dan Pn. Norazita Md Nor.




















Tiada ulasan:
Catat Ulasan