Peraturan PSS

Peraturan Penggunaan PSS Untuk Pelajar : 
  1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki PSS.
  2. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam PSS.
  3. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja tanpa kebenaran guru PSS.
  4. Pelajar dikehendaki duduk ditempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun dirak-rak, pintu dan kaunter.
  5. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
  6. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke PSS semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.


PERINGATAN!!! 
  1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
  2. Buku, akhbar atau majalah hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.
  3. Pelajar hendaklah menjaga kebersihan di dalam PSS dan tidak dibenarkan membuat bising atau mengganggu pelajar lain.
  4. Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan perpustakaan. 
  5. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke perpustakaan.


Peraturan Penggunaan PSS Untuk Guru : 
  1. Guru-guru perlu membuat tempahan sehari sebelum penggunaan.
  2. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik PSS.
  3. Hanya 2 kelas sahaja dibenarkan berada di dalam bilik PSS pada satu masa.
  4. Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau guru PSS.
  5. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan kerusi meja disusun kemas sebelum meninggalkan bilik PSS.


Peminjaman Buku PSS
  1. Tempoh pinjaman sebuah buku ialah 1 hari buku rujukan dan 7 hari buku fiksyen.
  2. Seorang pelajar dibenarkan meminjam 2 buah buku sahaja pada satu-satu masa.
  3. Seorang guru hanya dibenarkan dibenarkan meminjam maksimum 5 buku pada satu-satu masa dalam jangka masa 2 minggu . Bagi peminjaman seterusnya, beliau mestilah memulangkan buku-buku yang dipinjam sebelumnya.
  4. Pelajar mestilah beratur dengan senyap dihadapan kaunter peminjaman. Pelajar yang ingkar tidak akan dilayan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan